Wednesday, February 23, 2011

Pabila badan timbul tapi akal plak tenggelam.

23 Februari 2011

ada apa ngan tarikh ni?
haha
main teka-teki-tekuk plak kan
padahal dah sah2 bukan hari spesel mana pun
nak kata aku lahir pada tarikh tu tipulah plak
berapa kali aku mahu di'beranakkan kan...hehe

sebenarnya tu tarikh hari ni
kwang3
nak kena hempuk nampaknya budak ni sorang
puwahahaha

tengah buat (x srius pn buat) analisis ni untuk tesis aku, duk kira sel2 mencit
berapa banyak la aku mo kira
bosan daa
so releks2 la skejap dah berpinar duk kira benda2 'cekeding' tu
cekeding = halus=kecik2
haha kasi kamus skali even dah ramai kot yang tahu
kan..kan..kan
untuk hilangkan stress mata ni skejap apakata aku layan topik ni
"cartoon sticker kegemaranku"
ala...yang masa skolah2 rendah dlu tu
slalu buat koleksi, beli dari katalog la
ntah2 sekarang pun masih ada yang collect lagi kan
so..jom jumpa Unlce Google untuk melihat gambar2 nya
tadaaa..
no.1 : Garfield..hehe..ingat x...glemer ape

no 2: Hello Kitty...dulu masa skolah my fren taw feveret i ni 
so dorang belikan hadiah book set hello kitty
....suka...

no.3 : Barbie doll sticker..sape x pernah main kan..:)

no.4 : ni punye Dragon ball manyak pengaruh dari tv ma...
wa mau ckap abang wa yang pengaruhkan macam talak betul ma 
sbb jarak umur wa sama ngan abang wa sangat jauh ma..
ms ini pun dia talak tgk crita tv kartun2 sudah

no.5 : ang..ang..ang..
pengaruh tv gak ni
Doraemon masa tu tayang kat tv berapa ntah..lupa...tp jam7.30
slalu kena marah if buka waktu maghrib
tapi if dah solat..selamat la..hehe

no.6 : owhhh twetty sangat swetty

ok..korang ingat x kenangan zaman2 sekolah dlu2...
ingat?
dah x ingat?
ooohh..t kita story-mory sal knangan tu plak k
luv all


Wednesday, February 16, 2011

Pembiakan sel stem di makmal

Kesungguhannya mendapat pengiktirafan Loreal Malaysia di mana dia menerima Anugerah ‘For Women in Science’ tahun lalu




SEBAGAIMANA yang difahami oleh kebanyakan kita,sel stem diperolehi daripada tubuh badan manusia dan ia berguna menggantikan sel yang hilang atau rosak.Sememangnya, kini semakin ramai mula sedar mengenai kebaikan sel stem kerana terbukti mampu menyembuhkan banyak jenis penyakit terutama berkaitan darah.


Namun, ia bukan semudah yang disangka. Selain tidak ramai mampu menanggung kos pengambilan dan penyimpanan sel jenis itu, terutama yang diambil daripada tali pusat, ada pula yang masih was-was dengan statusnya dan menganggap bertentangan dengan agama kerana ia diambil daripada bayi baru lahir.


Hakikatnya, masyarakat masih lagi belum jelas dengan perkara tersebut.
Menyedari kebaikan sel stem dalam usaha penyembuhan penyakit, seorang penyelidik dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Chong Pan Pan menjalankan kajian pembiakan sel stem di makmal bagi merawat pelbagai jenis penyakit.


Kesungguhannya mendapat pengiktirafan Loreal Malaysia di mana dia menerima Anugerah ‘For Women in Science’ tahun lalu.


Pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Kejuruteraan Tisu itu menjalankan projek “Generation of Induces Pluripotent Stem Cells from Human Mesenchymal-Like Stem cells of Peripheral Blood Origin for Chondrogenic Differentiation.”


“Mungkin tajuknya kedengaran agak mengelirukan. Tapi hakikatnya ia tidak sukar untuk difahami. Apa yang sedang saya lakukan adalah menghasilkan sel stem mesenchymal (MSC) daripada darah orang dewasa. Sel ini datang daripada tubuh badan kita sendiri, iaitu orang dewasa. Itu bezanya daripada sel stem tali pusat bayi,” katanya.
MSC adalah sel berasaskan multipoten (bermakna ia boleh membentuk banyak jenis tisu daripada satu sel semula jadi), yang mempunyai potensi untuk menghasilkan variasi tisu seperti tulang, rawan, tendon, ligamen, otot, sumsum, lemak dan dermis (kulit).


Menurutnya, sel jenis itu boleh ditukar kepada apa saja jenis yang kita mahu dan ditempatkan pada tempat yang ingin diubati.


MSC katanya, boleh ditemui dengan banyak pada bahagian badan terutama sekali di bahagian sumsum tulang. Namun, ia ditemui dalam jumlah yang kecil pada darah.


“Kerana itu saya cuba membangunkan kaedah baru dengan mengambilnya daripada darah menggunakan jarum khas dan cuba membiakkannya menjadi jumlah yang banyak di makmal,” katanya.


Kepentingan kaedah itu kata Pan Pan, ia mengurangkan kesakitan pesakit melalui proses pembedahan yang rumit ketika pengambilan MSC dari tubuh badan di samping mempercepatkan proses penyembuhan.


“Cuba bayangkan setiap kali ingin menjalani rawatan kita terpaksa melalui prosidur yang rumit untuk mendapatkan MSC. Namun dengan kaedah yang saya bangunkan ini, ia boleh diperolehi dengan hanya sebatang jarum yang kecil. Pasti kesannya sangat berbeza,” katanya.
memperbaiki


Menurut Pan Pan, penyelidikan beliau lebih kepada memperbaiki sakit sendi seperti lutut dan pinggul. Terdapat lapisan pada sendi yang membantu melancarkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan disebut artikular atau rawan. Bila berlaku kerosakan, rawan mempunyai sedikit kapasiti untuk memperbaiki kerosakan sendiri. Jika tidak diperbaiki ia akan rosak dan tiada lagi rawan yang tinggal.


Keadaan ini boleh dikaitkan dengan osteoartritis yang berlaku di kalangan orang tua. Perkara ini menurut beliau juga boleh berlaku di kalangan orang muda.


“Impian saya adalah ingin memperbaiki masalah ini dan membolehkan semua orang pulih dengan mudah tanpa melalui pelbagai proses yang rumit,” katanya.


Walaubagaimanapun, wanita yang gemar mengembara itu tetap mengalami masalah di mana sel yang diperolehinya lambat berkembang di makmal dan mempunyai hayat yang terhad. “Saya berharap dengan pengenalan teknik terbaru dengan menyuntik sedikit gen pada sel, ia mampu diperbaiki,” katanya mengakhiri perbualan.

Monday, February 7, 2011