Sunday, March 20, 2011

ringkas tapi terluah

Assalamualaikum 

hanya ini yang mahu aku lakarkan
Walau ia hanya sekadar lakaran namun ia pasti memberi pelbagai manfaat
bukan sahaja buat diriku seorang
moga-moga juga buat anda semua

hanya dengan ilmu boleh aku bertemu dengan manusia yang handal
hanya dengan ilmu juga yang boleh aku bawa untuk berbicara dan berdebat dengan si cerdik pandai itu
dan
hanya dengan ilmu juga aku mengenal kepandaianku dan kewujudan Tuhan ku
ALLAH Yang Maha Kuasa Lagi Maha Agung
Penguasa Segala Ilmu

Hanya dengan ilmu aku bertemu-MU Ya Rabbi
Hanya dengan ilmu ak menemui Kekuasaan-MU Ya Illahi
Penguasa Segala Ilmu

Hanya dengan ilmu aku mengenal pekerti mu wahai Kekasih Allah, Rasullullah S.A.W.
Hanya dengan ilmu aku merasai betapa hebatnya cintamu kepada Maha Pencipta 
dan betapa kasihnya Rasulullah kepada kami ummatmu

Hanya dengan ilmu yang boleh menggetarkan hati ku
hanya dengan ilmu ak boleh melihat hatiku menangis menginsafi kekhilafan lampauku

Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunilah dosa-dosaku
Kau permudahkanlah jalanku untuk memperoleh ilmu-MU Ya Rabbi
KAU kurniakanlah kepadaku juga hamba-hamba-MU yang lain daya ingatan yang kuat dan Fahaman para nabi
ameen

Monday, March 7, 2011

:: Penantian Suatu Penyeksaan ::


Telahku cuba melakukan apa yang termampu
Namun masih tidak cukup menggapai bintang di langit
Kenapa perlu membayangkan sesuatu yang mustahil?
Ohh
Penantian itu suatu penyeksaan

Mencari arang di dalam gelita
Umpama menggapai bara dalam api
Kenapa perlu menyusahkan diri
Ohh
Penantian itu sememangnya menyeksakan

Ku pusing-pusing satu kota
Walaupun ku tahu amat memenatkan
Ku teruskan juga untuk  mencari cinta
Ohh
Penantian terbukti amat menyeksakan

Ada apa dalam penantian
Jika bukan hanya penyeksaan
Ada apa dalam hati mu kawan
Jika bukan niat suci semulia insan

Ada apa dalam fikiran?
Jika bukan cita-cita dan impian
Ada apa dalam penantian?
Jika bukan suatu penyiksaan
(",)

By aishah muhd
7Mac2011 3.04 a.m.