Saturday, December 25, 2010

Sup Ayam Bujang Aishah

sup ayam + sayur lobak
nasi putih halia (untuk kasi wangi2)

Bahan-Bahan Untuk Sup ( Untuk 3 orang )

Bawang merah 3
Bawang besar 1
Bawang putih 2
Halia 2 inci
 ( semua ni ditumbuk halus)
cili api (dihiris2)
ayam sebanyak mungkin haha (aku suka ayammmm)
perencah sup ayam/sup bunjut
sayur2 sesuka hati..lobak, tomato, jagung kecil2 tu, daun sup
air secukupnya
minyak langsung tidak diperlukan

Cara-cara :

Panaskan periuk, masukkan bahan2 yagn dah dikisar tadi.goreng tanpa minyak seketika..kemudian tambah air, selepas menggelegak, masukkan ayam, sup bunjut/perencah sup ayam ke, masuk perasa garam, lada...biarkan mendidih. Agak2 ayam dah empuk, boleh masuk sayur2 tadi..tutup api..dah sedia boleh makan...hehe
Selamat Makan

...chef aishah...(",)

aceceh...
dah tukar keje pulak dah, sekarang dah tak jadi pelajar sepenuh masa dah...
ngengada nak buat kerja part time plak.
tapi keje ni x dapat gaji berupa duit..duit...duit..
tetapi
...kenyang..kenyang..kenyang..
haha..faham ke???

okey x nak la buat2 merapu pulak kat sini
sebenarnya nak gitau yang tuan punya tanah ni belajar masak sikit2
bukan untuk orang lain pun
untuk diri sendiri juga
dulu kat umah, masa tuan tanah ni kecil2 la
lebih kurang umur 10-12 tahun
kemudian jadi remaja sikit 13-17 tahun
tuan tanah x pandai masak berat2
setakat telur, nasi goreng memang lepas la
tapi bab2 lauk even tumis pun tuan tanah tak pandai and berani nak buat
tapi
itu tak bermakna tuan tanah malas
tapi
orang kat umah kata tuan tanah pemalas nak masuk dapur
terutamanya ada 2 orang kat umah tu yang masuk famili tuan tanah hahaha
siapa???
siapa makan gula2 dialah terasa manis, masam masinnya kan
takkan x faham2..
hehehe

Okey
seterusnya tuan tanah masuk matrik
balik cuti duduk umah pandai la masak
tapi masih dalam kategori nasi goreng
haha
kira dulu nasi goreng kampung
masa matrik up sikit jadi nasi goreng singapura, nasi goreng putih
gituuuu
Apsal lah tuan tanah tak buat bihun goreng kan
sebenarnya tuan tanah takut tak menjadi
iyala nasi dengan bihun tu rupanya beza bagai akar dengan pucuk kan
hehehe
 itu yang buat tuan tanah taku
teruknya tuan tanah dulu

selepas dah tamat matrik masuk U baru la cerita pandai guna bihun ni wujud
satu keluarga la ye dgan mee kuning/laksa kuning tu
so time tu pandai dah sikit2 masak selain menu nasi goreng dulu2 kan

Masa kat U ni jugak la rajen2kan diri tgok kat pakcik google
cari menu2 kat blog orang len
lepas salin resepi, balik umah try..

so sekarang antara menu yang tuan tanah dah pandai..tengok resepi internet n tanya mak...sikit je tapi puas hati

  1. nasi goreng macam2
  2. segala jenis tumis, masak kicap n msak2 lauk biasa2 boleh la
  3. bihun/mee kuning goreng
  4. bihun/mee rebus
  5. nasi ayam
  6. sup
  7. tom yam
  8. nasi minyak 
  9. nasi lemak
  10. kuih-muih seperti mek comel, agar2
  11. koktel buah 
  12. dulu pernah buat steak daging..belajar masa form 1 Kemahiran Hidup ERT..if  x silap
ok..setakat ni dulu la ya..t tuan tanah letak pic menu masak tadi