Sunday, January 23, 2011

Friday, January 21, 2011

Wednesday, January 19, 2011

cuti-cuti 2011


Cuti dan Perayaan
  • 1 Januari - Tahun Baru 2011
  • 1 Februari - Hari Wilayah
  • 3 Februari - Tahun Baru Cina 1
  • 4 Februari - Tahun Baru Cina 1
  • 16 Februari - Maulidur Rasul
  • 12 Mac -> 20 Mac - Cuti Pertengahan Penggal
  • 1 Mei -> 2 Mei - Hari Buruh (2 hb ganti)
  • 4 Jun -> 19 Jun - Cuti Pertengahan Tahun
  • 1 Ogos - Hari Pertama Ramadhan
  • 31 Ogos - Hari Pertama Raya Aidilfitri / Hari Kebangsaan
  • 2 September - Hari Kedua Aidilfitri
  • 3 September -> 11 September - Cuti Pertengahan Tahun
  • 16 September - Hari Malaysia
  • 19 November -> 31 Disember - Cuti Akhir Tahun

Monday, January 17, 2011

Friday, January 14, 2011

Misteri air bertukar hijau



SUNGAI Goldstream di Kanada bertukar menjadi hijau pada 29 Disember lalu.



OTTAWA, Kanada - Sungai Goldstream di Kanada yang mengalir melalui bandar Langford di British Columbia bertukar menjadi warna hijau, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurufoto yang mengembara di tebing sungai tersebut untuk merakamkan gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember lalu.
Bahan pewarna hijau itu tidak menyebabkan kematian ikan dan ia bertukar semula kepada warna asal dalam tempoh sejam.
Para penyiasat pada mulanya menyalahkan satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu.

Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.

Ketua Jabatan Bomba Langford, Bob Beckett menyalahkan golongan nakal yang tidak dikenali melakukan kejadian itu.

Imej sungai itu boleh dilihat di laman YouTube.

Wednesday, January 12, 2011

Messi Pemain Terbaik Dunia 2010






Lionel Messi memegang trofi Ballon d'Or selepas diumumkan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2010 FIFA di Zurich, semalam. - AP


ZURICH - Bintang penyerang Argentina, Lionel Messi dinobat sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia buat tahun kedua berturut-turut dan Jose Mourinho pula selaku Jurulatih Terbaik Dunia.
Messi mengejutkan rakan sepasukan yang turut dianggap pilihan utama, Andres Iniesta dan Xavi, yang masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga untuk merangkul trofi baruBallon d'Or FIFA, anugerah prestij yang sebelum ini diadakan secara berasingan dengan FIFA serta majalah bola sepak Perancis.
Mourinho, yang kini membimbing Real Madrid memenangi anugerah Jurulatih Terbaik hasil kejayaan membawa Inter Milan merangkul tiga gelaran besar - Liga Juara-Juara Eropah, Serie A dan Piala Itali.
Mourinho atau jolokkannya Special One mengetepikan jurulatih yang membawa Sepanyol merangkul Piala Dunia, Vicente del Bosque ke tangga kedua, manakala jurulatih Barcelona, Pep Guardiola berada di tangga ketiga.
"Trofi paling penting buat saya adalah yang ditentukan hasil keputusan secara kolektif dan bukan individu. Ini adalah trofi bersejarah buat saya dan bola sepak Portugal,'' kata Mourinho kepada wartawan selepas mengetepikan Del Bosque dengan menerima 35.92 undi berbanding 33.08 yang diterima pencabarnya.
Iniesta dan Xavi menjadi pilihan utama untuk merangkul anugerah Pemain Terbaik Dunia selepas membantu Sepanyol menjulang Piala Dunia tahun lalu, pada kejohanan di mana Messi gagal menjaringkan sebarang gol dan tidak mempamer prestasi terbaiknya.
"Saya gembira dapat berada di sini bersama rakan sepasukan. Saya mahu berkongsi kejayaan ini bersama mereka dan bersama rakan-rakan lain yang tiada di sini, bersama rakyat Argentina,'' kata Messi.
Messi muncul pemenang selepas menerima 22.65 peratus undian berbanding Iniesta (17.36) dan Xavi dengan 16.48.
Tahun lalu, Messi memenangi kedua-dua anugerah Terbaik Dunia FIFA dan Ballon D'Or yang ketika itu dilangsung secara berasingan. Satu-satunya pemain yang pernah merangkul gelaran berganda adalah Luis Suarez pada 1960.
Selepas kecewa tidak memenangi sebarang anugerah utama, satu-satunya penawar buat Sepanyol adalah enam pemain mereka berada dalam senarai Pasukan Pilihan Dunia iaitu Iniesta, Xavi, Iker Casillas, David Villa, Carles Puyol dan Gerard Pique. Turut disenarai adalah pemain Brazol, Lucio dan Maicon, pemain Belanda, Wesley Sneijder, bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dan Messi.
Undian untuk anugerah pemain dan jurulatih terbaik dijalankan oleh semua jurulatih dan kapten skuad kebangsaan serta wartawan terpilih, manakala 50,000 pemain bola sepak profesional pula mengambil bahagian dalam memilih 11 pemain untuk Pasukan Pilihan Dunia.
Messi mempamer aksi cemerlang bersama Barcelona tahun lalu tetapi gagal memberi inspirasi kepada Argentina pada Piala Dunia menyebabkan pasukannya tersingkir di suku akhir. - Reuters



Korea Selatan bermula yakin






Pemain tengah Korea Selatan, Koo Ja-Cheol meraikan jaringan kedua pasukannya ketika menentang Bahrain pada perlawanan Kumpulan C Piala Asia di Stadium Al-Gharafa, Qatar semalam. - AFP


DOHA – Jurulatih Korea Selatan Cho Kwang-Rae memuji sumbangan Koo Ja-Cheol, selepas pemain tengah itu menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan itu menang 2-1 ke atas Bahrain dalam perlawanan pembukaan Piala Asia, semalam.
Koo memainkan peranan cemerlang di bahagian tengah, membantu pemain penyerang Ji Dong-Won, dengan menguji penjaga gol Bahrain, Mahmood Mansoor dan melepaskan rembatan yang terkena pemain lawan, untuk mendahului Bahrain sebelum rehat.
Pemain Jeju United berusia 21 tahun itu, mudah menolak masuk bola ke gawang untuk jaringan kedua pada minit ke-52, apabila pantas melakukan gerakan susulan, selepas Mansoor berjaya menepis percubaan Cha Du-Ri.
Dia kemudiannya dinamakan Pemain Terbaik Perlawanan dan jurulatihnya memuji kerana gaya permainannya yang versatil.
“Koo Ja-Cheol berkemahiran tinggi, dia boleh beraksi di posisi berbeza, di bahagian tengah dan penyerang.
“Cha Du-Ri juga beraksi baik di posisi pertahanan kanan, jadi kedua-duanya dalam pertimbangan untuk aksi menentang Australia,’’ kata Koo.
Ketua pasukan, Park Ji-Sung, pemain kesayangan pasukan Korea Selatan, berkata dia gembira kerana pasukannya yang terselamat daripada keciciran mata pada aksi pembukaan.
“Secara taktikal, kami amat bagus dan prestasi keseluruhan kami sangat baik
“Perlawanan pertama lazimnya sangat penting, sama ada Piala Asia atau Piala Dunia. Tiga mata ini menjadikan perlawanan berikutnya lebih mudah buat kami. Ia adalah kemenangan penting buat kami,’’ kata pemain Manchester United itu.
Skuad Taeguk Warriors itu akan menentang Australia Jumaat ini, pada perlawanan yang dijangka akan menjadi penentu pasukan mana akan muncul juara Kumpulan C.
Korea Selatan akan beraksi tanpa pertahanan tengah Kwak Tae-Hwi, selepas pemain itu dibuang padang kerana mengasari Abdulla Al-Dakeel, dalam insiden yang menyebabkan Faouzi Aaish kembali memberikan harapan buat Bahrain, apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-85.
Namun, Cho merasakan skuadnya mempunyai pemain yang cukup untuk mengatasi ketiadaan Kwak. - AFP

Wednesday, January 5, 2011

Misteri ikan, burung mati di Arkansas



SEPASANG suami isteri melihat seekor burung hitam yang jatuh dari langit dan mati di bandar Beebe, Arkansas pada Sabtu lalu.



BEEBE - Misteri menghantui negeri Arkansas apabila lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di sepanjang 32 kilometer tebing dan di permukaan Sungai Arkansas berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe, di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan-ikan tersebut ditemui oleh seorang pemandu bot tunda pada Khamis lalu, 200 kilometer dari Beebe. Pakar alam sekitar percaya bahawa ikan-ikan itu mati akibat penyakit.

"Hanya satu spesies ikan yang mati dan kami tidak tahu apa puncanya. Jika disebabkan toksik, semua ikan mesti terjejas," kata seorang pegawai dari Jabatan Kualiti Alam Sekitar, Travis Harmon.

Pegawai-pegawai perikanan mengambil beberapa ekor ikan yang mati berhampiran Roseville untuk diuji.
Jurucakap Suruhanjaya Perikanan dan Sukan Arkansas, Keith Stephens memberitahu, masalah kematian ikan berlaku setiap tahun dan ia sesuatu yang luar biasa.

Seorang pakar, Dr. Andrew Goodwin dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur, Universiti Arkansas menyatakan perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.
"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

Kematian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit dan mati, 1.6 kilometer dari bandar Beebe pada malam tahun baru. Insiden pelik yang kelihatan tidak mempunyai hubungan di antara satu sama lain itu nyata membingungkan penduduk Arkansas. Para saintis menyatakan bunga api mungkin menyebabkan kematian burung itu. Namun, beberapa pegawai yang memeriksa burung itu menyatakan mereka masih belum pasti mengenai punca kematian haiwan tersebut.


SEBAHAGIAN daripada lebih 100,000 ekor ikan yang ditemui mati di Sungai Arkansas, Arkansas pada Khamis lalu.



Satu lagi teori ialah ribut petir mungkin dikatakan menjadi punca kematian burung-burung itu. Insiden misteri itu nyata menimbulkan banyak teori dalam kalangan blogger. Dua rakyat AS, Paul Joseph Watson dan Alex Jones dari laman web PrisonPlanet.com yakin ia disebabkan oleh ujian senjata elektromagnetik rahsia.

Sementara itu, pihak lain mengemukakan teori bahawa kematian burung dan ikan tersebut merupakan petanda hari kiamat berdasarkan ramalan suku kaum Maya di Amerika Selatan dan ahli nujum terkenal, Nostradamus. - Agensi

...Gerhana matahari separa...

GERHANA matahari separa yang dapat dilihat di Gaza semalam.
BERN - Langit musim sejuk bertukar menjadi gelap di Switzerland kerana fenomena gerhana matahari separa yang bermula di Asia Barat dan melitupi hampir seluruh Eropah pada pagi semalam. Sebuah akhbar melaporkan, keadaan di bandar raya ini menjadi gelap seperti senja semasa orang ramai berpusu-pusu keluar dari tren dan bas untuk ke tempat kerja.

Gerhana itu dapat dilihat dengan jelas di Geneva dan beberapa kota lain di Switzerland menjelang pertengahan waktu pagi sebelum langit beransur cerah. Gerhana itu buat pertama kalinya dilihat adalah di langit Baitulmuqaddis manakala gerhana matahari paling jelas berlaku di Sweden apabila hampir 85 peratus matahari berada di belakang bulan.

"Kerana jajaran kedudukan bulan dengan matahari, gerhana kali ini kelihatan kecil," kata seorang ketua balai cerap, Tycho Brahe di selatan Sweden. Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan bayang bulan dapat dilihat dari bumi manakala dalam gerhana separa hanya sebahagian matahari terhalang oleh bulan.

Sementara itu, penduduk di pedalaman Rusia, Kazakhstan, Mongolia dan barat daya China dapat melihat gerhana matahari itu pada waktu senja.

F.T Island....After Love (",)

Monday, January 3, 2011

Letter for you MKZ...(",)


Even if my heart explodes, my lips stay closed 
I've been sparing this words
I love you 
 
I want to give you everything, but my hands are shabby 
Fear continues to grow in my heart 

I don't have very much and lack even more 
But I've been trying hard to gain 
You must've been lonely, but without any complaints 
You smiled and waited for me 
I love you 
I promise you eternity 
There are no words that could describe you 

My tears speak to me 
As they sink into my heart 
The name that will not be erased until my life ends
YOU

There isn't a reason to always share what I feel 
My love is bound to show 
Even without a purchased gift, one compliment 
Would overjoy that person and bring them into my arms

In a place in my heart, saddness lies 
I'm sorry for having memories without you in them 
I didn't want to have any part of me 
Not to be filled with you 

I was a person born today 
I have started to fill my heart again, the first word I said was YOUR name 
(",)

As if the world is ending tomorrow 
With every part of me I love you, 
The name that will not be erased until my life ends 

YOU're my last love
(",) 
Our Memory 27/11/2010

Saturday, January 1, 2011

Kim Jong Kook (KJK)...saranghe yoo

Ikutkan malam ni nak kena siapkan 1 aseimen
Prof Wan
Bab2 history fermentasi
tapi mood nak mengarang tu orang kata belum mai
bukan setakat mai...sipis2 angin pun belum terasa ni..huhu

Padahal 
MALAS kan
saje je nak kasi alasan
Padahal
MALAS kan
tajuk x menarik tapi PENTING tu derr
huhu

Tapi apa hal plak ak kasi tajuk KJK plak kat atas
alkisahhhh...nye
Dengarlah lagu BF ku ini
hahaha
ringan2 kan hati
njoicessss

Super Junior...Gee...Funny

Pemain Bola Sepak Terbaik

Okey..ak mulakan dengan pemain kesayangan ak masa zaman selekoh2 dulu..opss..silap..sekolah2 dulu..hehe
Rusdi Suparman
Memang terbaik dari ladang la time ni..aku mmg minat bola dari darjah 3 sapai sekarang
masa sekolah rendah tu ak ada skrap book...yang dalam2 tu ak tampal byak2 gambar & berita sal dia ni n pmain bola lain
antaranya Penjaga Gol Zubir, etc...
Buku tu ak simpan kat meja stadi aku, alih2 abang aku terjumpa..apa lagi, marah la dia kat ak kaw2
orang kata x bek simpan pic camtu, mcm memuja plak..huhu..xde niat pun..ampun

Haha..yang ni x payah cakap la...seluruh dunia kenal nie...My Berba..Terbaik from Old Trafford
Memang ayam tambatan MU la ni bagi aku..iyalah aku tau korng lbih minat Rooney kan..huhu..dulu ada jgak c Ronaldo kan..xpe2 aku tetap tabik yang ni..My Hero Berba

 ohhh..yang ini baru je berminat masa world cup aritu..Sneijder
suka sebba time tu dia kepala botak, pendek je orgnya, tapi bw bola sambil lari laju2..mantap

 Ha..ini masa dia ngan Liverpool lagi aku dah minat..so skrg dah ngan MU..lagi mantap..tapi skrg dia byak di bangku simpanan je..huhu...x lama lagi dgar citer nak bersara dah if MU x sambung kontrak..huhu...My Micheal Owen...(",)

 Haha..hehe..huuhu..hihi
ini plak Safee Sali
aka
Superman
baru kenal 7 hari lepas..kwang3

5 Artis Pilihan Aishah Muhd....(",)

N0. 1...Dari dulu sampai sekarang...ErraFazira
No. 2...Mom with Loves..WardinaSafiyyah
N0. 3...Suka takde sebab lain...LisaSurihani
N0. 4...hehe..terbaik..Fazura
No. 5...ok dah lengkap...FashaSandha

Entry seterusnya...5 Pemain Bola Sepak KeSayangan Aishah Muhd