Sunday, March 20, 2011

ringkas tapi terluah

Assalamualaikum 

hanya ini yang mahu aku lakarkan
Walau ia hanya sekadar lakaran namun ia pasti memberi pelbagai manfaat
bukan sahaja buat diriku seorang
moga-moga juga buat anda semua

hanya dengan ilmu boleh aku bertemu dengan manusia yang handal
hanya dengan ilmu juga yang boleh aku bawa untuk berbicara dan berdebat dengan si cerdik pandai itu
dan
hanya dengan ilmu juga aku mengenal kepandaianku dan kewujudan Tuhan ku
ALLAH Yang Maha Kuasa Lagi Maha Agung
Penguasa Segala Ilmu

Hanya dengan ilmu aku bertemu-MU Ya Rabbi
Hanya dengan ilmu ak menemui Kekuasaan-MU Ya Illahi
Penguasa Segala Ilmu

Hanya dengan ilmu aku mengenal pekerti mu wahai Kekasih Allah, Rasullullah S.A.W.
Hanya dengan ilmu aku merasai betapa hebatnya cintamu kepada Maha Pencipta 
dan betapa kasihnya Rasulullah kepada kami ummatmu

Hanya dengan ilmu yang boleh menggetarkan hati ku
hanya dengan ilmu ak boleh melihat hatiku menangis menginsafi kekhilafan lampauku

Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunilah dosa-dosaku
Kau permudahkanlah jalanku untuk memperoleh ilmu-MU Ya Rabbi
KAU kurniakanlah kepadaku juga hamba-hamba-MU yang lain daya ingatan yang kuat dan Fahaman para nabi
ameen